Awal kalam, kami, ahli bloggers UPI cawangan PCI ingin mengucapkan Salam Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga Shawal kali ini lebih bermakna daripada Shawal yg lalu, dalam kita membina silaturrahim yang lebih erat di antara kita, sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Esa dalam kalamNya, sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Taqabbalallahu minna wa minkum.
Setelah berhempas-pulas memerah keringat melaksanakan perintah yang dijunjung dari Penguasa Bumi dan Langit ketika bulan Ramadhan tiba, kini kita diperintahkan pula untuk kembali ke fitrah, sebagaimana yang dinamakan dalam perayaan kita itu, Hari Raya Fitrah (translate kepada melayu). Kini kita tidak lagi terikat dengan kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai hamba untuk berpuasa pada siang hari lebih-lebih lagi pada 1 Shawal. Jom sama-sama kita ucapkan syukur setinggi-tinggi melangit kerana kita semua masih dipilih untuk menjalani ibadah dalam bulan barakah itu, cukup pula sebulan malah dapat meraikan bersama pada hari yang mulia serba indah ini, tak kira di mana kita berada, mahupun malaysia atau mesir. Alhamdulillah...
Namun, yang paling penting, jangan sekali-kali kita leka dengan kesibukan diri meraikan hari yang mulia itu sehingga kita lupa diri kita bagaimana ketika Ramadhan lalu. Saya percaya, semua dalam kalangan kita telah menjamu ibadah yang pelbagai bagi merebut tawaran-tawaran hebat yang di offer ketika Ramadhan tiba. Lebih-lebih lagi, musuh-musuh kita yang halus pun dah dikurung, maka tak susah sebenarnya untuk kita semua berubah menjadi lebih baik. Yang tinggal hanyalah nafsu diri yang hendak dikawal. InshaAllah kita semua pastinya telah menjadi lebih baik di mataNya, alhamdulillah...
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi dapat menguasai marahnya."
Maka jangan, sekali lagi, jangan kita spoil diri kita yang dah elok dididik oleh Ramadhan dengan lekanya kita dengan Shawal. Ujian sebenar buat kita ialah sejauh mana kemampuan kita untuk istiqamah dalam bulan-bulan yang lain setelah graduate daripada University of Ramadhan. Ambillah contoh daripada para sahabat, diceritakan bahawa, para sahabat bersedia untuk bulan Ramadhan 6 bulan sebelum Ramadhan, manakala ruh Ramadhan itu pula kekal 6 bulan selepas berlalunya Ramadhan bagi mereka.
Peliharalah diri, jangan mudah hanyut dengan budaya negatif yang sudah tak asing diamalkan oleh masyarakat kita, seperti bergaul bebas dalam perayaan, berpakaian tak cukup syarat, keluar malam hingga pulang lewat terutama bagi akhawat dan lain-lain. Setelah sebulan melatih diri, takkanlah kita nak senang-senang melepaskan batuk di tangga, menyerah dengan musuh-musuh halus yang baru dilepaskan dari penjara sana? Tentu tidak bukan? =)
Maka akhir kalam, jangan kita cemarkan hari-hari kemenangan kita dengan apa-apa yang membawa kemurkaan Ilahi. Pilihlah cara terbaik dalam kita menyambut kemenangan kita. Simboliknya, setelah pulang dari kemenangan dalam perang, para sahabat terdahulu perlu menghadapi perang yang lebih besar, iaitu perang ke atas diri sendiri, bagi mengalahkan perasaan riak dan sombong. Begitu jugalah kita.
Wallahu'alam =)

"Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa."

0 Responses to Ke mana Hilangnya Ramadhan?