Content feed Comments Feed



حدثنا ‏ ‏يحيى بن أيوب ‏ ‏وقتيبة ‏ ‏وابن حجر ‏ ‏قالوا حدثنا ‏ ‏إسمعيل وهو ابن جعفر ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سهيل ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ : ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار ‏ ‏وصفدت ‏ ‏الشياطين

Telah berkata kepada kami (Imam Muslim), Yahya bin Ayyub, Qutaibah dan Ibn Hajar, bahawasanya, telah berkata Ismail (Ibn Ja'far) daripada Abi Sahl daripada ayah beliau, daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Jika datang (bulan) Ramadhan, maka akan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu/dirantai" (Hadis riwayat Muslim) 



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih meminjamkan nyawa untuk kita menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Dia telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke dalam madrasah Ramadhan.

Kenapa dinamakan madrasah Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan.
Bukan senang nak masuk madrasah, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk madrasah Ramadhan. Pendaftarannya cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.

Bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan ibadah. Kenapa disebut sebagai bulan ibadah? Bulan-bulan lain bukan bulan ibadah ke? Memang setiap bulan adalah bulan ibadah untuk kita, tetapi bulan Ramadhan ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak? Inilah realiti yang sangat jelas sekarang.



Bulan Ramadhan juga dipanggil bulan mujahadah, bulan rahmat dan bulan maghfirah. Bulan mujahadah kerana pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah. Contoh yang senang, kita melawan nafsu makan dan minum kita di siang hari pada bulan Ramadhan.

Allah juga menjadikan Ramadhan sebagai bulan Rahmat dan Barakah, kerana pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah. Rahmat bersahur, rahmat lapar,rahmat berbuka, rahmat solat tarawikh, rahmat qiam, rahmat tadarus al-Quran, rahmat bersedekah, dan banyak lagi rahmat yang Allah kurniakan kepada kita di bulan Ramadhan ini.

Apa pula maksud Ramadhan adalah bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkaita-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya.

Madrasah Ramadhan ini, ada gurunya iaitu Allah s.w.t. yang menyiapkan untuk kita akidah dan syariat terluhur, ada bukunya iaitu al-Quran yang sarat dengan panduan dan pengkisahan yang penuh iktibar, serta ada undang-undangnya iaitu syariat yang terbentuk daripada sumber primer dan sekunder. Ia satu pakej lengkap! Tinggal kita yang setiap nama kita didaftarkan secara rasmi sebagai pelajar-pelajar sekolah Ramadhan. Ada kalanya kita culas, malas, mengelat dan bosan dengan syariat terindah itu. 



Teorinya senang sahaja, jika kita malas belajar, maka kita yang rugi dan menjadi orang yang gagal. Begitu juga dengan madrasah ini, jika kita tidak mengambil kesempatan untuk mengutip pahala yang banyak dalam bulan Ramadhan ini, maka kita termasuk dalam golongan yang sangat rugi kerana melepaskan peluang yang Allah beri untuk kita tidak termasuk dalam golongan ahli neraka, nauuzibillah. Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu rugilah, pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.



Rujukan : halaqah.net

0 Responses to MADRASAH IBADAH, MUJAHADAH, RAHMAT DAN MAGHFIRAH.

Related Posts with Thumbnails

Jom IMAN !!!

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Famous Posts !!

Arkib

Anda Rasa ....


ShoutMix chat widget

link web

Sahabat Munzir