Content feed Comments Feed

Rumusan Kelas Tafaqquh

Thursday, June 16, 2011



Kitab Riyadus Solihin

 Bab Sabar (+marah)

1.     Allah mempercepatkan hukuman bagi hamba-Nya di dunia sebagai rahmat dan tanda sayang Allah kepada hamba-Nya serta memberi peluang untuk bertaubat.(h43)

2.     Kejahatan seseorang tidak dibalas di dunia kerana Allah mahu membiarkan seseorang itu terus hidup dalam kejahiliyan dan menerima hukuman di akhirat kelak  yang lebih pedih azabnya.(h43)

3.     Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi dibuktikan dengan dapat mengawal diri ketika sedang marah.(h45)

4.     Rasulullah berpesan apabila marah ucapkanlah“A’udzu billahi minasy syaitonir rajim,”(aku berlindung kepada Allah dari syaitan yg direjam)(h45). Serta mengambil wudhu’ kerana sifat amarah itu adalah dari hasutan syaitan (syaitan diciptakan dari api; api vs air)

5.     Sesiapa yang mampu menahan marah, walhal dia mampu melepaskannya(marah), maka pada hari kiamat Allah memberi ganjaran bidadari yang dikehandakinya.(h47)

6.     Seorang lelaki meminta wasiat (nasihat) daripada Rasulullah saw, dan Rasulullah berkata “Jangan Marah”. Dia bertanya berulang kali tetapi baginda tetap menjawab “Jangan Marah!”.(h48)

7.     Ujian yang ditimpakan kepada orang beriman, baik lelaki mahupun perempuan pada dirinya, anak-anaknya, serta hartanya sebenarnya merupakan penghapus dosa bagi dirinya.(h49)

8.     Saidina Umar Al-khattab pernah berasa marah apabila dituduh tidak berlaku adil, namun setelah dibacakan firman Allah ; “jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”   (al-A’raf: 199) Umar akur dan taat kepada isi kitabullah Ta'ala.(h50)

 Fakta yang berkaitan:

·        Perang Hunain : kerjasama antara umat islam dan kafir setempat dalam memerangi musuh islam (h42)

·        Ghanimah (harta rampasan) boleh diberikan kepada bukan-islam yang membantu islam dalam peperangan. (h42)

·        Ummu Sulaim diuji dengan kematian anaknya namun beliau redha dan sabar, berkat doa Rasulullah, beliau dikurniakan !0 orang anak yang kesemuanya ditakdirkan menjadi ulama yang terpilih. (Riwayat muslim, ulasan h44)

0 Responses to Rumusan Kelas Tafaqquh

Related Posts with Thumbnails

Jom IMAN !!!

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Famous Posts !!

Arkib

Anda Rasa ....


ShoutMix chat widget

link web

Sahabat Munzir