Content feed Comments Feed

saya nak jadi "CONFIDENT"!!!

Wednesday, May 25, 2011

Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita, atau bila kita berada di hadapan khalayak ramai, atau mungkin juga semasa kita menghadapi peperiksaan. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Tetapi, cuba timbulkan satu persoalan dalam diri-sendiri, "sampai bila kita nak rasa kurang yakin dengan diri-sendiri???". Dan jawapannya ada pada diri kita sendiri.

Keyakinan tidak akan datang dengan sendiri, tetapi kita yang harus membinanya. Sebenarnya, sedar atau tidak, dari kecil lagi kita sudah diajar untuk yakin pada diri. Ambil sahaja seorang bayi sebagai contoh, jika dia tidak berani mencuba dan tidak yakin pada diri, dia tidak akan mampu mengorak langkahnya untuk belajar berjalan. Beberapa kali gagal, jatuh, sakit, tetapi masih tidak mahu berhenti untuk belajar berjalan. Dan akhirnya, dia berjaya berlari. Bukankah kita juga bermula sebagai seorang bayi? Fikir-fikirkan.. :)



Jadi, bermula dari sekarang, tanamkan dalam diri bahawa kita ingin berubah dan menjadi semakin yakin saban hari. Mulakan langkah kita dengan yakin, dan apabila melangkah, jangan berpatah balik. Teruskan perjalanan menuju matlamat yang kita impikan.


Terdapat beberapa tips untuk membina keyakinan diri :
1. Anggaplah diri kita diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa kita tidak boleh buat?


2. Apa-apa kekurangan / kelemahan yang ada pada diri kita, kita terima dan baikinya.


3. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.


4. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.


5. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.


6. Kemaskan diri dan anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu.


7. Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.


8. Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan masalah. Tetapi fikirkan hasil yang akan diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan.


9. Sentiasa peka akan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.


10. Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap apa yang kita lakukan, biarlah mendapat keredhaan Allah. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita.



Dengan keyakinan diri, kita akan rasa betapa berharganya diri kita, betapa Allah menyayangi kita sebagai hamba-Nya. InsyaAllah kita akan menjadi seorang insan yang cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan, apatah lagi jika segala apa yang kita lakukan dengan keyakinan diri kita mendapat keredhaan Allah.

0 Responses to saya nak jadi "CONFIDENT"!!!

Related Posts with Thumbnails

Jom IMAN !!!

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Famous Posts !!

Arkib

Anda Rasa ....


ShoutMix chat widget

link web

Sahabat Munzir