Content feed Comments Feed



RiadhusSolihin

Kitab Bahagian Iman, Bab Sabar

13. Orang yang ditimpa musibah, kesakitan, keresahan, kekesalan serta kesusahan (hatta dicucuk duri) akan dihapuskan kesalahannya oleh Allah.

14. Rasulullah saw. mendapat pahala dua kali ganda dari manusia lain kerana tahap kesabarannya yang tinggi. Muslim yang ditimpa kesakitan tercucuk duri atau lebih daripada itu, akan dihapuskan Allah keburukannya serta digugurkan dosa-dosanya seperti gugurnya daun daripada pokok.

15.Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, akan ditimpakan musibah ke atasnya (untuk mengangkat darjatnya disisi Allah sekiranya bersabar)

16.Tidak boleh bercita-cita untuk mati kerana ditimpa musibah. Jikalau terlalu berat cth sakit tenat, dibolehkan untuk berdoa “Ya Allah Tuhan kami, hidupkanlah aku selama mana hidupku baik bagi diriku, dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik bagi diriku”.

17. Sahabat mengadu kepada Rasulullah saw. untuk meminta pertolongan kemenangan dari Allah. Rasulullah memotivasikan para sahabat dengan menceritakan dugaan dan penyiksaan yang jauh lebih dahsyat terhadap umat islam sebelum mereka.

Umat terdahulu ada yang ditanam seluruh badan kemudian digergaji kepala mereka. Ada yang dicarik dengan sikat besi sehingga ke daging dan tulang. Mereka semua bersabar dan tetap dengan agama Islam. Rasulullah kemudian menegur sikap sahabat yang tergesa-gesa dalam perjuangan.


AlHalal WalHaram 

1)      Had-had dibolehkan lihat kepada Lelaki dan Perempuan
a.       Dibolehkan untuk melihat perempuan pada bahagian yang bukan aurat iaitu Muka dan kedua tangan selagimana tidak ada syahwat dan tidak timbul fitnah.
b.      Islam memaafkan penglihatan pada perkara yang tidak dibolehkan yang berlaku tidak sengaja atau secara tiba-tiba serta penglihatan itu tidak diulang.

2)      Apa yang boleh didedahkan dari perhiasan dan apa yang tidak boleh
A.      Tidak menunjukkan perhiasan kecuali yang zahir ~Annur:31~
a.       Perhiasan wanita-segala perkara yang menghiasi dan mencantikkannya, samada perkara yang asal diciptakan, atau perkara yang diusahakan.
b.      Seluruh perhiasan wanita tidak boleh didedahkan kecuali perhiasan zahir.
c.       Khilaf makna ‘perhiasan zahir’:
                                                               i.      Apa yang terbuka secara tidak sengaja cth sebab ditiup angain.
                                                             ii.      Apa yang perlu dibuka kerana darurat cth utk berubat
                                                            iii.      Bahagian muka dan kedua tangan
d.      Diharuskan memakai celak dan cincin serta perhiasan pada tangan dan muka dengan syarat tidak berlebihan.
e.      Walaubagaimanapun, adalah mejadi kesempurnaan wanita untuk berusaha menutup kesemua perhiasannya.

B.      Melabuhkan tudung sehingga ke dada ~Annur:31~
a.    Adalah menjadi kewajipan untuk wanita islam menutup kepalanya sehingga ke paras dada.

C.      Orang-orang yang dibolehkan untuk didedahkan perhiasan

*insha Allah video Ust Aqli akan diuploadkan ke youtube.
Bersambung minggu seterusnya…

0 Responses to Rumusan Tafaquh: Bab Sabar & Aurat Wanita

Related Posts with Thumbnails

Jom IMAN !!!

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Famous Posts !!

Arkib

Anda Rasa ....


ShoutMix chat widget

link web

Sahabat Munzir