Apa juga kegiatan yang tidak mendatangkan manfaat, membuang-buang masa, hendaklah anda jauhi. Kawallah diri anda dari segala perbuatan yang menyia-nyiakan waktu, seperti membaca majalah-majalah lucah, gambar-gambar mengghairahkan, pemikiran-pemikiran yang merosak, buku-buku yang menyesatkan, atau novel-novel yang mengesampingkan nilai-nilai mulia.
Kalau hendak membaca maka bacalah bahan-bahan bacaan yang bermanfaat, seperti majalah-majalah Islam, buku-buku berguna, jurnal-jurnal dan makalah-makalah yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Sesetengah buku dan artikel dapat menciptakan keraguan dalam hati dan penyimpangan. Semua itu merupakan pengaruh budaya-budaya tidak sihat yang menceroboh masuk ke dalam persekitaran kita.
Ingatlah, wahai saudariku, bahawa sesungguhnya Allah mempunyai kunci-kunci ghaib dan hal-hal yang tidak diketahui oleh manusia. Dialah yang melapangkan dada dari segala resah dan gelisah. Kerana itu, terus-meneruslah meminta kepada-Nya berdoalah dengan doa berikut ini sebanyak yang boleh:Jika anda sentiasa membaca doa ini dan menghayati makna-makna yang terkandung di dalamnya, maka dengan izin Allah akan melapangkan dada anda dari sebarang keresahan, kegelisahan dan yang seumpamanya.
Carilah kebahagiaan anda menerusi buku yang bermanfaat atau kaset yang mendatangkan faedah, sama ada dengan cara membaca atau mendengar. Dengarlah bacaan al-Quran dan hayatilah untaian kata yang terdapat di dalam kitab Allah. Dengan satu ayat sahaja sudah boleh mengubah keperibadianmu, dapat menembus relung hatimu dan mampu menggugah perasaan anda.
Dengan cara ini anda mencapai hidayah dan cahaya. Pada masa yang sama ia akan melenyapkan kemalasan, keraguan, prasangka dan kebimbangan yang tidak jelas hujung pangkalnya.
Bacalah buku-buku hadis dan renungkanlah ucapan-ucapan Nabi Muhammad s.a.w. dalam kitab Riyadhus Solihin, nescaya anda akan mendapat keberhasilan dan ilmu bermanfaat yang akan menjagamu dari kehinaan, kebodohan, serta menyembuhkan penyakit.
Penawar hati anda terdapat dalam wahyu, sama ada Kitab mahupun sunnah. Kenikmatan sanubarimu ada dalam keimanan. Kesenangan hatimu ada dalam sembahyang. Keselamatan hatimu bermuara pada keredaan, dan ketenangan jiwamu bergantung pada sikap rela. Dan ketahuilah bahawa ketika anda mengingati Allah maka ketenangan anda semakin terserlah.






0 Responses to Jangan Biarkan Hatimu Dihancurkan Oleh Tanganmu Sendiri