Content feed Comments Feed

Rumusan Tafaqquh Minggu Ini.
Kitab:Riyadhus Solihin
Pengarang:Imam Nawawi

Tajuk:Sabar

1.Sebaik-baik sabar adalah sabar ketika kita tidak mampu lagi untuk bersabar seperti bersabar ketika ditimpa musibah yang amat berat contohnya kematian ahli keluarga.
2.Berkata baik dengan orang yang tidak dikenali meskipun itu adalah kali pertama pertemuan dengannya kerana barangkali dia adalah orang-orang yang terhormat dan solih atau orang itu mungkin kita perlukan pertolongan darinya di masa hadapan.
3.Thaun merupakan wabak penyakit yang boleh menjadi musibah bagi orang yang tidak redha akan ketetapan Allah SWT atau menjadi suatu rahmat bagi orang-orang yang beriman.
4.Orang yang tinggal didalam sesuatu daerah atau negara yang ditimpa penyakit berjangkit seperti thaun dan dia redha sepenuh hatinya menerima ujian tersebut maka pahala baginya seperti orang mati syahid.
5.Orang-orang yang apabila dia diuji Allah dengan ditarik salah satu anggotanya seperti kedua biji mata lalu mereka bersabar dan redho dengan ujian tersebut hingga akhirnya hayatnya,maka syurga Allah sebagai ganti baginya.


Terima Kasih pada semua yang hadir dan juga membaca.
Video kelas tafaqquh akan disiarkan di blog tidak lama lagi,nantikan kemunculannya dan doakan agar kerja-kerja mengedit berjalan dengan lancar dan dapat ditonton oleh semua secepat mungkin.
  

0 Responses to Rumusan Tafaqquh:Sabar Kunci Utama Dalam Hidup

Related Posts with Thumbnails

Jom IMAN !!!

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Famous Posts !!

Arkib

Anda Rasa ....


ShoutMix chat widget

link web

Sahabat Munzir