Merokok sememangnya terlalu mudah untuk kita terjebak dengannya dan terlalu mudah untuk kita bercakap tentang akibat-akibat yang bakal dihadapi jika terjebak dengannya. Dan adakah diantara kita memberi tindak balas yang positif untuk berbicara tentang masalah ini? semua orang tahu bahaya merokok tetapi usaha-usaha peringkat individu itu sendiri untuk menghindari dari merokok adalah terlalu dikelaskan dan mengambil jalan mudah dengan hanya mengatakan " terlalu sukar untuk berhenti merokok". Fikirlah masalah ini untuk kepentingan diri sendiri.
Kajian perubatan mendapati bahawa rokok mempunyai 4,000 jenis racun yang boleh memudharatkan kesihatan, begitu juga kajian yang dijalankan di pusat-pusat pemulihan di Malaysia, mendapati 90% penagih dadah yang menjalani rawatan pemulihan ini, adalah dikalangan para perokok. Hasil kajian ini jelaslah kepada kita bahawa tabiat merokok ini mempunyai kecenderungan yang besar untuk terlibat dengan penagihan dadah. Situasi ini perlu difahami secara mendalam terutama kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan rokok dan pada mereka yang telah terlibat dengan masalah ini, agar memikirkan kembali, apakah motif sebenar mereka merokok.
Dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari nampaknya kita tidak boleh lari dengan asap rokok disekeliling kita yang telah mendorong golongan tertentu terutama remaja dan belia untuk menirunya. Di bandar-bandar besar atau ibu-ibu kota, golongan remaja atau pelajar sekolah hari ini sudah tidak asing lagi dengan masalah rokok ini. mereka berpakaian sekolah dan menghisap rokok tanpa segan silu terhadap masyarakat disekelilingnya. Manakala ada pula yang menghisap rokok sebaik sahaja keluar daripada sekolah tanpa menghiraukan guru dan masyarakat. Mereka menganggap guru dan masyarakat tidak berhak menegur mereka apabila mereka berada diluar rumah atau diluar sekolah.
Daripada kajian yang dijalankan, jelaslah kepada kita masalah merokok dikalangan remaja sudah cukup untuk kita memandang kehadapan, apa yang terjadi kepada generasi yang akan datang dan bagaimana nasib negara setelah generasi ini mngambil alih tampuk pemerintahan negara pada suatu hari nanti. Kajian yang dijalankan keatas para belia atau remaja oleh kementerian belia dan sukan dengan kerjasama universiti tempatan keatas 5,860 respondan mendapati 71% daripada mereka mempunyai rakan sebaya yang merokok, manakala 14% lagi adalah terlibat dengan dadah. Bagaimanakah pandangan anda terhadap penilaian ini? adakah ini boleh dilihat sebagai suatu yang biasa terjadi di zaman datuk nenek kita dahulu? Jika tidak apakah usaha kita ke arah itu?.
Apabila kita berjalan ke pusat membeli belah, pusat hiburan, pasar malam dan ruang di dunia ini, memang kita tidak boleh lari dengan mereka yang merokok. Ini menunjukkan betapa masalah ini sudah begitu serius dan memerlukan perhatian wajar oleh semua pihak.
Kita sememangnya terutama bagi mereka yang tidak merokok ternanti-nanti dan tercari-cari ruang dan tempat yang tiada gangguan daripada asap rokok atau cuba mengasingkan mereka yang merokok daripada orang-orang yang memerlukan udara segar dan sihat untuk badan mereka. Ketidakpuasan masyarakat yang tidak merokok terhadap perokok sudah cukup untuk menginsafkan para perokok agar bersimpati dengan kesihatan orang lain, walaupun mereka sendiri mengabaikan kesihatan mereka. Bagi mereka yang tidak merokok, mereka tidak mahu sama-sama menaggung bahaya akibat merokok, sedangkan mereka tidak menikmati asap-asap yang mengkhayalkan itu.
Apabila seseoarang menghisap rokok di dalam bas awam, sudah cukup kepada kita yang tidak merokok untuk menjeling ke arahnya menandakan rasa tidak puas hati dan ketidakselesaan yang sedang dialami dan yang menyedihkan, bagaimanapun si perokok itu dapat menghabiskan rokoknya tanpa segan - silu atau merasa bersalah atau merasa bersalah diatas tindakannya itu? Inikah jawapan kepada akibat merokok, yang tidak boleh ditahan-tahan lagi apabila perasaan "gian" sudah menguasai dirinya, dan tidak menghiraukan apa pandangan dan perasaan orang lain.
SEBAB-SEBAB MEROKOK
Ditinjau sebab-sebab merokok, antara yang utama ialah perasaan ingin menonjolkan keegoan diri. Setiap dari kita khususnya kaum lelaki apabila sampai disuatu peringkat akan merasakan dirinya kekurangan atau tidak sempurna kelakiannya, jika tidak merokok. Apabila dia tidak merokok dan melihat orang lain merokok samada di sebelahnya atau dihadapannya, ia merasakan dirinya tercabar dan merasa terlalu kerdil ditengah-tengah masyarakat lelaki. Perasaan inilah ingin dihapuskan dalam dirinya, lantas mengambil rokok sebagai seabagai kesempurnaan keegoannya. Dan itu lebih jelas lagi, apabila mereka berjalan dan dihembuskan pula asap-asap rokok dijalanan, merupakan gambaran yang cukup sempurna bagi dirinya sebagai seorang dewasa.
Pengaruh kawan sebaya dan alam sekeliling, pengaruh kawan-kawan mempunyai tindak balas yang besar terhadap sesuatu perkara. Apabila seseorang itu merokok dia kan cuba mempengaruhi kawannya yang tidak merokok agar sama-sama menikmati, agar wujud persamaan antara mereka, sebagai kawan rapat dan sehaluan. Apabila semua ahli dalam kumpulan itu merokok, Maka ini tentu sekali akan menambahkan lagi keceriaan dalam kumpulan dan lebih merapatkan lagi hubungan antara mereka.
Pengaruh kawan sebaya ini dapat dilihat terutamanya dikalangan para pelajar. Apabila seorang yang merokok dalam satu kumpulan, akan cuba mempengaruhi kawannya agar turut sama merokok. Apabila dilihat oleh pihak yang tidak merokok, mereka merasakan dirinya tercabar dan kekurangan jika mereka tidak turut sama merokok seperti kawannya, kerana pengaruh persamaan perlakuan dan tindakan dalam aktiviti rakan sebaya amat besar dan dituntut dalam sebuah kumpulan.
Apabila setengah-setengah orang, merasakan merokok itu satu keperluan apabila menghadapi sesuatu masalah. Rokok dianggap sebagai suatu yang dapat meringankan beban kekusutan fikiran yang dialami dan ianya dapat dikurangkan apabila seseorang itu merokok dalam sesuatu ketika sahaja, tetapi apabila fikirannya mula berkecamuk kembali, maka dia akan mengambil rokok untuk sekian kali. Keadaan inilah yang membawa kepada ketagihan dan masalah rokok yang serius kepada individu.
Inilah jalan yang sukar dibendung jika kita sendiri tidak sedar atau sengaja tidak sedar akan bahayanya merokok. Bagaimanapun pada amnya yang mempengaruhi atau dipengaruhi dalam masalah ini bukan persoalan yang penting. Apa yang penting ialah kesedaran diri sendiri. Jika diri tidak mahu, maka tangan dan mulut tidak akan membawa bahan merbahaya itu merosakkan diri sendiri. Apa yang cuba kita usahakan ialah untuk mewujudkan generasi yang sedar dan tahu pada dirinya sendiri akan bahayanya merokok. Kita sendiri sekarang ini menyalahkan pihak-pihak tertentu mempengaruhi orang ini dan itu dan kalau ia betul dipengaruhi, mengapa mengambil rokok jika diri sendiri sedar akan bahaya yang bakal dihadapi? Dan siapakah kita, jika kita sendiri tidak dapat mengawal diri sendiri? Maka sama-samalah kita fikirkan dan mengawal diri sendiri dari terjebak atau berterusan merokok.
Pengeluaran tembakau juga mempengaruhi bekalan rokok yang ada di pasaran hari ini. Kita lihat pula pengeluaran tembakau negara bagi tahun 1993.
| NEGERI | PENGELUARAN (JUTA KG) | NILAI (JUTA KG) | PENGELUARAN (JUTA KG) | NiLAI (JUTA KG) |
| Kelantan | 5.568 | 74.414 | 55.340 | 41.040 |
| Trengganu | 2.391 | 32.245 | 23.049 | 16.446 |
| Kedah | 0.785 | 10.479 | 6.552 | 4.790 |
| Perlis | 0.760 | 10.133 | 0.665 | 4.060 |
| Pahang | 0.095 | 1.262 | 0.897 | 0.632 |
| Melaka | 0.050 | 0.684 | 0.480 | 0.352 |
| Johor | 0.017 | 0.220 | 0.177 | 0.129 |
| Perak | 0.013 | 0.130 | 0.160 | 0.116 |
| JUMLAH | 9.675 | 129.567 | 92.320 | 67.565 |
Pengeluaran tembakau yang disenaraikan di atas, jelas sekali agak tinggi dan ia mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mempengaruhi pasaran rokok dan menarik perokok-perokok baru.
BAHAYA MEROKOK
Rokok mempunyai bahan-bahan bahaya yang mampu membunuh tubuh manusia dengan mengeluarkan bahan tar dan nakotin. Antaranya boleh menyebabkan penyakit Bron kilis kronik. Penyakit ini berupa perdagangan saluran pernafasan yang agak teruk. Ia diperinkat awalnya adalah akibat daripada kecederaan saluran pernafasan yang berpunca daripada penyedupan-penyedupan asap rokok dan bahan pencemaran toksid serta jangkitan kuman terhadap saluran pernafasan dan paru-paru. Jika berlaku jangkitan ini diperingkat kanak-kanak lagi, penyakit ini akan cenderung kepada keadaan yang lebih teruk kepada pesakit. Peradangan saluran pernafasan menyebabkan terhasilnya lendir atau mokos yang berlebihan dan menyempitkan saluran pernafasan dan keadaan ini boleh mengganggu perjalanan udara di saluran pernafasan.
Dalam masa mengalami penyakit ini, pesakit seringkali mengalami batuk dan mengeluarkan kahak yang agak kekuningan dan kehijauan. Jika penyakit itu agak teruk, kesan yang boleh didapati ialah seperti bibir dan jari-jari pesakit menjadi biru dan kegagalan pada fungsi jantung. Kebengkakan kaki dan perut serta muka adalah gejala yang menandakan penyakit ini sudah berada ditahap yang teruk. Kematian akan berlaku jika pesakit mempunyai tanda kekurangan oksigen dan kegagalan fungsi jantung.
Rokok juga memberi kesan keatas salur nadi. Nakotin berkuasa mencerut salur nadi.Bahan beracun ini akan menyempitkan saluran salur nadi. Keadaan akan bertambah buruk apabila pesakit sudah sedia ada penyakit "atherosclerosis" iaitu penyakit yang melibatkan salur nadi dimana sahaja dalam badan. Penyakit ini juga melibatkan pengurangan garis pusat pada salur nadi yang memberi kesan terhadap jantung.
Bagi wanita yang meroko khususnya, ancaman barah buah dada adalah antara ancaman tambahan bagi mereka, berbanding pihak lelaki. Menurut kajian persatuan barah Amerika di Atlanta, Amerika Syarikat, perokok berisiko 25% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak merokok dan bekas perokok, menemui ajal disebabkan barah buah dada. Kajian ini dijalankan terhadap 412, 604 wanita yang diperingkat awalnya tidak mengidap barah.Selepas enam tahun kajian dijalankan, 880 daripada terbabit meningggal dunia disebabkan barah buah dada.Risiko penyakit ini selaras dengan peningkatan jumlah rokok yang dihisap, bermakna 75% lebih dikalangan wanita yang merokok dua kotak atau lebih sehari.
Adalah diangggarkan 46,000 wanita meninggal dunia akibat barah buah dada iaitu yang kedua tinggi selepas barah paru-paru yang menyerang wanita dikaitkan langsung dengan merokok.
Dikalangan 880 yang meninggal didunia itu, 468 orang (53%) tidak pernah merokok, 144 orang (16%) bekas perokok dan 187 orang (21%) masih merokok. Bahan asid oganik nakotin turut menghalang proses perpeluhan badan dan menyerang bahagian kilang peluh, disamping menyekat aliran air kencing. Keadaan ini berlaku disebabkan Kelanjar Pituitari akan membebaskan durelhormone. Tindakan norkotin yang bercampur dengan asid hidroklorik dalam perut, lama kelamaan akan menyebabkan terjadinya barah dalam perut. Ia terjadi beransur-ansur, tetapi jika perokok tidak dapat mengesannya di peringkat awal dan terus merokok, maka penyakit ini akan bertambah teruk.
Kelemahan saraf otot juga boleh berlaku pada perokok. Dalam badan kita dua sistem saraf iaitu orthsympthetic dan parasympthetic kedua mempunyai tindakbalas yang berlawanan, saraf orthsympthetic merangsang tindakan anggota badan, manakala saraf parasympthetic sebagai menghalngnya. Apabila terdapatnya pengaruh nakotin, kedua-dua saraf ini akan bertindak ke satu arah menyebabkan manusia melakukan sesuatu tanpa kawalan dari otak lagi. Orang yang telah lama merokok, resapan nakotin menimbulkan kesan yang jelas dari segi pisikologi, iaitu apabila ia berhenti merokok keadaan bertukar menjadi garang, muram dan gelisah.
Kanser atau barah telah dipersetujui berpunca daripada merokok yang terlalu banyak. Nakotin akan menyerang paru-paru manusia. Diperingkat awal ia akan menyerang tengkorok, merebak ke paru-paru dan seterusnya salur nadi.Bila sampai ke peringkat ini ia akan merebak ke hati dengan penyakit sinosis . Manakala kestrik juga dikenal pasti berpunca dari sedupan asap rokok. Penemuan oleh Dr Hammond dan horn mendapati barah adalah berpunca daripada merokok dan ia boleh juga terjadi kepada mereka yang terhidu asap rokok sekeliling.
PERANAN KERAJAAN
Peranan kerajaan merupakan langkah yang agak drestik ke arah mengatasi masalah rokok di negara ini. Kerajaan Malaysia menjalankan pengharaman meroko di tempat-tempat awam yang berkuat kuasa pada 15hb May 1994 lalu, adalah langkah yang bijak dan patut dipuji. Begitu juga di negara-negara lain seperti Singapura turut sama mengeluarkan peraturan tertentu ke arah membasmi masalah merokok dikalangan penduduknya.
Kementerian Malaysia telah menggariskan beberapa tempat awam yang diharamkan merokok seperti di hospital dan klinik, lif awam, dalam kenderaan awam(bas dan teksi), dalam panggung wayang, restoran berhawa dingin(kecuali zon merokok) dan pusat hiburan(tidak termasuk disko dan fab).
Pengenaan denda dan kompaun bagi kesalahan tertentu seperti denda RM50.00 bagi kesalahan menjual rokok pada remaja di bawah 18 tahun, merokok di kawasan larangan, membiarkan pelanggan merokok primis dan kegagalan membuktikan mereka merokok di kawasan khusus sahaja. Pengenaan denda RM 200.00 pula bagi kesalahan tidak mempamirkan paras tar dan nakotin serta pihak yang gagal meletakkan " Amaran oleh Kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan" . Begitu juga denda sebanyak RM1000.00 terhadap pihak yang gagal mematuhi peraturan iaitu terhadap pihak pengedar, peniaga dan perokok. Manakala RM5000.00 atau dua tahun penjara boleh dikenakan terhadap pihak yang melanggar syarat-syarat lain seperti pengedar rokok percuma pada orang ramai.
Ke arah mewujudkan masyarakat sihat dan penyayang menjelang 2020, usaha-usaha telah dijalankan yang mana pihak pengusaha tidak boleh mengiklan rokok di media cetak, elektronik, penerbitan awam dan risalah. Begitu juga insfektor-insfektor kesihatan, kementerian kesihatan dikerahkan agar mengadakan pemeriksaan mengejut memastikan oarang ramai, pengusaha dan pengedar rokok mematuhi peraturan kawalan tembakau 1993.
Ekoran daripada langkah menguatkuasakan peraturan tembakau 1993, kerajaan negeri Kelantan menyuarakan ingin mencari tanaman alternatif sebagai gantian kepada tanaman tembakau. Ubi kayu telah dicadangkan sebagai tanaman elternatif tersebut dan dua syarikat asing telah menyuarakan persetujuan untuk mengusahakan projek ini, tetapi langkah ini telah ditentang oleh masyarakat petani di negeri ini dengan alasan, mereka sudah sebati dengan selok belok penanaman tembakau dan memberi pulangan yang agak lumayan dalam tanaman ini. Tambahan lagi, mengikut mereka tanaman gantian belum tentu mendapat pasaran dan peluang yang menguntungkan.
Dengan adanya usaha-usaha ini diharap usaha untuk membentuk masyarakat sihat dan menghindari dari merokok dapat menyedarkan lagi masyarakat kepada bahaya merokok terhadap masa depan diri dan keluarga. Memang manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi setelah kita sedar akan kesilapan itu, mestikah kita meneruskannya sedangkan kita tahu kesilapan itu bisa membunuh diri dan masa depan kita?.





