
Kisah 3 orang sahabat yang menyewa sebuah bilik di tingkat 75 sebuah bangunan. Suatu hari lif tidak dapat digunakan. Jadi mereka perlu guna cara manual kudrat yang ada iaitu menggunakan tangga.
Sebelum mereka berjalan naik, mereka membuat beberapa persetujuan. Iaitu setiap seorang perlu bercerita tentang suatu cerita yang boleh menyampaikan mereka kepada setiap 25 tingkat perseorang.
Sahabat pertama berkata : aku akan kisahkan kamu kisah gembira, santai dan menyeronokan. Lalu ia mulakan ceritanya. Macam-macam kisah gembira ia ceritakan hingga sampailah mereka ke tingkat ke-25.
Setelah itu sahabat kedua berkata : Aku akan ceritakan kamu kisah-kisah serius dan cerita yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Ia pun bercerita berbagai kisah pahit maung sehingga sampai ke tingkat yang ke-50.
Tenaga mereka mula lemah. Langkah mereka tidak sekuat sebelumnya. Sahabat ketiga meneruskan cerita . Dia berkata : Aku akan kisahkan kepada kamu kisah-kisah sedih. Dalam keletihan yang amat sangat,akhirnya mereka sampai juga ke tingkat 75.
Tiba-tiba, salah seorang dari mereka berkata: Aku terlupa untuk mengambil kunci bilik yang aku tinggalkan tadi di bilik pengawal.Sedangkan kedua yang lain tidak mempunyai kunci simpanan.
begitulah diandaikan hidup sebagai manusia..pada mulanya penuh dgn keseronokan masa zaman kanak-kanak...diwaktu dewasa penuh dgn cubaan dan kematangan..dan ketika tua pasti berasa sedih jika tidak dapat sesuatu yang kita impikan dalam kehidupan..renungkanlah...
sumber:http://ustfuadosman.blogspot.com/search/label/Teladan


haha..nice post.so ingatlah matlamat utama kite hidup ni nk bawak amalan jumpa Allah nanti..
cerita yang menarik dan menarik...
kerja baik dan ikhlas...cumer tak dpt catch up point cerita...
~s.a~
~ssfss~
maksudnya saudara saddam..kita hidup ni mesti tahu tujuan hidup..apa yang kita bawa..apa yang lebih penting..belajar semata-mata? atau ilmu agama yang diamalkan? kalau ditinggal agama itu maka gagallah kehidupan seseorang itu walaupun dia sehebat cendekiawan..wallahualam
So kesmpulan nye?
kesimpulannya..
tujuan kita hidup hanya untuk beribadah kepada Allah, menjadi hambaNya yang soleh dan bertakwa..tidak kira orang itu jutawan, atau papa kedana, atau bodoh terlampau, atau pandai bijaksana, gembira atau bersedih..hanya bekalan atau takwa itu membezakan manusia disisi Allah..jadi dalam cerita ini kunci itu ibarat takwa yang kita bawa untuk melayakkan kita masuk ke syurga Allah..