Content feed Comments Feed

Al-Munzir 50 (8 Jan 2010/10 Safar 1431)

Ikhlas dari Munzir Networkman Thursday, January 28, 2010


ERTI CINTA
by: Penulis Senyap

Bukankah hidup di dunia ini penderitaan? Bagi orang yang beriman, yang dilekati hatinya kalimah tuhan. Hidup ini biarlah dugaan datang bertimpa-timpa tiada penghujungnya, namun semangatnya tidak pudar sama sekali, jiwanya kuat meneruskan kehidupan, kerana baginya apalah sangat ujian dan mehnah yang mendatang, semuanya itu nikmat baginya untuk terus mereka bersyukur. Mereka telah faham dimana tempat persinggahan yang sebentar dan ia tidak akan bertahan lama. Biar hati terhimpit, remuk dendam, menanggung kekejaman dunia yang berlalu dihadapannya, Terkadang disapa keburukan teman, disentuh fitnah, terkadang terbakar juga jiwa kerdil dengan anasir-anasir jahat yang silih berganti datang tidak henti-henti.

Cinta...alangkah kalimah inilah yang selalu bermain dibibir ketika muda. Antara hubungan dengan manusia ia sebenarnya memberikan kekuatan hidup, semangat akan mekar, jiwa akan teguh kerana cinta memberi dokongan dalam hidup, Ia sentiasa memberikan hari-hari baru. Tanpa cinta dan kasih sayang tumbuhlah pohon kebencian, merosakkan setiap inci kehidupan manusia. Terbit permusuhan, sifat-sifat mazmumah, dan bukan senang mencari perdamaian bila hembusan syaitan sudah mula kuat meniup di dalam hati.

Teman...memang sebenarnya manusia perlukan teman didalam hidup, teman suka duka. Dengan kasih sayang dan cinta untuk menuju kepada Tuhan sepatutnya ia menyuburkan sifat dan akhlak mulia. Semakin bersungguh untuk melakukan kebajikan sebab ia diteguhkan dengan kata-kata nasihat. Semuanya ini hanya boleh didapati dengan cinta dan kasih sayang sesama mukmin yang tidak ingin melihat saudaranya tenggelam terus dalam ombak buat dunia...

Sayangnya,...kerana cinta manusia tersungkur malah ada yang tertewas didalam jihad dakwah. Jiwanya melemah, semakin hari ia jauh dari ALLAH, jika dahulu zikirlah yang selalu terdetik dihati jika dahulu dialah yang selalu mengungkap kalimah yang hak jika dahulu dialah orang yang pertama2 nya maju kehadapan untuk membuat kebaikan.

Kini ia mengasingkan diri kerana cinta. Kini hatinya telah disibukan dengan sesuatu yang lebih penting katanya. Ia meninggalkan rakan-rakannya yang baik. Melepas diri dari kawan-kawan yang memerlukan pertolongannya. Tiba suatu hari ia datang membawa tubuh yang lesu longlai. Air matanya bergenang meleleh dipipi sambil matanya sayu untuk datang kembali semual kepada rakan-rakan karibnya. Ia menceritakan nasibnya yang malang. Cinta yang dahulu dikatakan suci, yang dahulunya mekar telah ditolak mentah-mentah. Jiwanya telah terkorban kerana cinta nafsu. Ia ingin kembali semula mohon diubati hatinya.

Mujur umur dan nafasnya masih ada, maka ia dipimpin dan dibantu kawan-kawan yang dahulunya telah ditinggalakan. disini semangatnya telah kembali hadir setelah mengenal dimana keutamaan cinta. Sebelum ianya culas kini semakin hebat pergantungnya kepada ALLAH, kerap benar lah ia menangisi dihadapan ALLAH akan kesilapan yang telah lalu., menyesali jalan hidup sendiri kerana tiap detik dahulunya tidak digunakan sebaiknya. Ia benar-benar merasakan dirinya telah rugi dan kini ia ingin memperbaiki dirinya. Cintanya kini hanya satu diletakkan paling atas hanaya untuk Tuhan dan kedua kepada rasulnya. Kepada makhluk lain diubah hanya terbatas kepada kasih sayang

Apakah cinta itu wahai tuan? teman? sahabat? kawan? rakan? terkadang ia dijawab dengan senyuman dan perkataan yang lancar (faham benarlah ia apa maksud cinta) atau terkadang hanya dengan keluhan berat , terkadang dijawab dengan berpaling lama. Ia berfikir dan diam sahaja menjadi jawapan dan mungkin juga ia terjawab dengan air jernih yang mengalir perlahan dari kolam mata. Dan ingatlah tiada cinta yang lebih mulia dan kekal melainkan cinta kepada Allah dan Rasul Nya.

7 Responses to Al-Munzir 50 (8 Jan 2010/10 Safar 1431)

  1. emily Says:
  2. menarik2.. seronok bace.

     
  3. cinta itu pilihan bukannya takdir...tidak boleh mengatakan dah takdir aku tak cintakan tuhan..salah konsep itu..kerana cinta Allah perlu dicari dan ianya tidak datang dengan sendiri..wallahualam..

     
  4. Bt0l2!! Setuju.
    Tpi sum ppl still said tht life is cruel...so h0w?

     
  5. aha soalan yang baik buat pengomen senyap...
    Now we see..who is cruel..maybe fenomena ini ada kaitan dengan 'love' itu sendiri kan? Contohnya tak dapat kasih sayang dari ibu ayah sebab bercerai..or hidup seperti dianak tirikan..dibenci rakan dan sebagainya. sekiranya seorang hamba Allah yang mencintai Allah sepenuhnya, nescaya kesedihan itu tidak akan sesekali wujud kerana dia yakin Allah sentiasa bersamanya. tetapi sekiranya cinta itu tiada..pastinya dia akan bersedih kerana dia sendiri yang merasakan tiada orang yg sudi bersamanya..see?? dan Allah hanya memberikan ujian pada hambanya yang mampu menerimanya sahaja..so siapa yang patut dikatakan kejam? life or human himself? fikir-fikirkan....

     
  6. nourah Says:
  7. "katakanlah jika kamu mencintai Allah,maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihimu" surah Ali Imraan ayat 31..

    di hari kiamat, semua manusia akan bermusuhan, cuba menyelamatkan diri masing2,kecuali insan2 yg bersatu atas nama satu akidah,iaitu ISLAM.

    jangan kejar cinta manusia kalau cinta Allah pun masih tak tercapai=)

     
  8. cool

     
  9. 0wh...btol jugak...pikir2 kn la n slmt beramal...
    Thanks ats explainati0n...^^

     
Related Posts with Thumbnails

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Open Your Eyes - Maher Zain


link web

TiNgGaLkAn JeJaK..

insan beriman akan...

insan beriman akan...

Sahabat Munzir